Kuala Lumpur - Pihak polis hari ini meminta bantuan
daripada PETRONAS dan UITM bagi menghasilkan alatan yang boleh digunakan bagi
menangkap orang minyak yang kini berkeliaran diKuala Lumpur. Sejak
seminggu lalu penduduk ibukota dikejutkan oleh berita orang minyak yang menceroboh
kedalam rumah sekitar Gombak. Segala usaha menagkap beliau oleh pihak Polis
Diraja Malaysia gagal kerana mereka tidak mempunyai alatan khas
menangkap penjenayah licik ini serta tidak pernah menerima latihan menagkap
mereka di PULAPOL dulu. Oleh sebab itu PDRM hari ini meminta
bantuan PETRONAS dan UITM bagi mencipta alatan yang sesuai untuk digunakan
warga PDRM.
Dalam sidang media di ibu pejabat Petronas di Menara Berkembar Petronas pagi tadi, ketua polis negaraTan Sri Ismail Omar, Naib Cancellor UITM Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar serta ketua R&D Teknologi Petrolium PETRONAS Dato Sharil Niza bersetuju bekerjsama bagi memastikan orang minyak yang bermaharajalela ini ditangkap. Dato Sharil Niza dipetik berkata;
"Pihak PETRONAS mempunyai teknologi mengawal tumpahan minyak menggunakan bahan Oleofilik. Kami pasti orang minyak akan dapat ditangkap dengan segera menggunakan bahan oleofilik yang ada dipasaran. Selepas tertangkapnya beliau kami akan bekerjasam dengan UITM bagi mengkaji orang minyak ini bagi dijadikan sumber minyak mentah boleh diperbaharui. Ini pastinya dapat menyelesaikan masalah harga minyak dunia yang kronik sekarang"
Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar pula sempat menambah;
"Hasil ujian kami terhadap orang minyak ini pasti dapat menaikkan nama UITM dimata dunia disamping membuktikan ilmu mistik bumiputera kuno inilah kunci kepada masa depan Malaysia sebagai kuasa besar teknologi dunia!"
sumber : http://harianmetroll.blogspot.com