Gambar Ashraf Sinclair Dan Bunga Citra Lestari Berhibur

Gambar Ashraf Sinclair Dan Bunga Citra Lestari Berhibur










sumber : berita hangat

Lagi skandal seks akan didedah

Lagi skandal seks akan didedah:


KUALA LUMPUR: Sebuah blog semalam mendedahkan bahawa empat lagi skandal seks membabitkan pemimpin pakatan pembangkang daripada PKR, PAS dan DAP akan didedahkan dalam tempoh terdekat.

Ia didedahkan oleh blog http://www.suarapakatanrakyat.com, dengan melaporkan bahawa kegemparan yang ditimbulkan lanjutan daripada pendedahan gambar aksi seks dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang pemimpin kanan PKR kelmarin, akan berterusan.
“Tetapi kali ini membabitkan pemimpin parti pakatan pembangkang yang lain pula. Penulis mendengar pemimpin terbabit adalah dua daripada PKR dan masing-masing seorang daripada PAS dan DAP.
“Menurut sumber, skandal ini hanya menunggu masa untuk didedahkan oleh pihak tertentu, Setakat dimaklumkan pendedahan ini akan datang dalam pelbagai cara, ada dalam bentuk video, gambar serta keterangan saksi tertentu,” kata blog itu, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan bahawa beberapa keping gambar aksi seks didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, tersebar luas menerusi beberapa blog dan laman sosial sejak kelmarin.

Ia didedahkan oleh blog http://www.papagomo.com dan scandalazminali.blogspot.com dengan memaparkan beliau bersama seorang wanita di dua lokasi.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah lelaki bersama seorang wanita seperti yang tersebar menerusi beberapa blog.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata, penyebaran gambar berkenaan yang bertujuan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya dipercayai disebarkan oleh media dikuasai oleh UMNO dengan memetik blog proparti itu.

Sementara itu, blog suarapakatanrakyat turut berkata, pihaknya melihat jika empat skandal seks terbabit didedahkan, keadaan berkenaan bakal mengusutkan senario politik negara.

“Pendedahan gambar daripada video membabitkan seorang pemimpin kanan PKR sebelum ini pun masih lagi terkial-kial mencari strategi yang betul untuk mengatasinya, yang baru pula sudah sampai.

“Cara mudah, menuduh semua itu adalah fitnah, tapi kalau sudah terang dan jelas, nak dikatakan fitnah macam mana lagi. Setakat hari ini, penulis tidak lagi mendengar wujudnya teknologi yang boleh menukar wajah individu asal kepada individu lain di dalam rakaman video.

“Gambar ada, video penulis belum pernah dengar lagi. Kalau dicari orang muka sama atau hampir sama itu mungkin, tapi ada banyak ciri lain yang boleh menentukan kesahihannya,” katanya.


sumber : http://www.bharian.com.my

'via Blog this'


Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool