Kesha Kencing Di Tempat Awam

Gambar Hiasan


Penyanyi terkenal, Kesha telah mencetuskan kontroversi apabila dia telah memuat naik gambarnya sedang buang air di tempat awam di laman sosial Twitternya.
Menurut laporan NYdailynews, penyanyi berusia 25 tahun itu mengambil gambar dirinya yang sedang mengcangkung di tengah-tengah jalan.
"Pee pee on the street. PoPo come and get me if you can find me. I blame traffic," tulisnya di Twitter.
Mengikut undang-undang di California, penyanyi yang popular dengan lagu "Tik Tok" itu boleh didenda USD270 (RM823) jika ditangkap, kerana membuang air di tempat awam.
Kesha atau nama sebenarnya Kesha Rose Sebert, memberitahu Glamour magazine bahawa itu adalah jenaka budak yang berusia 5 tahun, dan menambah dengan berkata bahawa dia mahu menjadi lagenda muzik di penghujung kariernya sebagai penyanyi.
"Saya mahu apabila kemudian hari nanti saya dilihat sebagai seorang ikon. Sekarang ini saya masih bayi (baru dalam industri muzik) dalam kerjaya saya. Tetapi ia adalah matlamat saya."




Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool