Curi Mayat Untuk Jadikan Pengantin




Di China, empat orang dilaporkan telah dipenjarakan kerana menggali mayat-mayat untuk dijual sebagai pengantin wanita, dalam apa yang mereka namakan sebagai tradisi perkahwinanhantu, dimana lelaki tunggal yang meninggal dikubur bersama mayat seorang wanita sebagaijodohnya di akhirat.
 

Perkahwinan hantu sudah semakin jarangtapi masih diamalkan oleh beberapa keluarga yang anak lelakinya meninggal dunia sebelum sempat berkahwin.

Biasanya pekara ini diluluskan antara kedua-dua keluarga dari yang meninggal, tapi XianEvening News melaporkankumpulan empat orang itu. mencuri beberapa mayat wanita, dan setelah memandikannyamereka menipu data perubatan dari orang yang meninggal danmenjualnya dengan harga yang tinggi.

Mahkamah di Wilayah Shaanxi mengganjar keempat orang itu dengan hukuman penjara antara 28 hingga 32 bulan, dan berkata, mereka memanfaatkan "tradisi burukperkahwinan hantu di beberapa kawasan Shaanxi dan di Wilayah Shanxi yang bersebelahan.

Mahkamah, laporan itu mengatakan, keempat orang tadi mengaut keuntungan 240,000 yuan dari jualan 10 mayatsemoga tidak ada lagi kejadian kes sama berlaku.




Al-Quran & Sunnah: Dasyatnya Neraka Allah SWT



GAMBARAN API NERAKA


Abu Hurairah meriwayatkan:

"Ketika Rasulullah berkata: Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka;"lalu seseorang bertanya;"Ya Rasulullah, adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir? Maka Rasulullah menjawab "Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia,dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). -Riwayat Bukhari.

KESAN NERAKA PADA DUNIA MANUSIA


Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

Diriwayat oleh Abu Hurairah:
Rasulullah SAW bersabda: Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata;"Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain. "Lalu Allah membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk" (HR Imam Bukhari)

MAKANAN PENDUDUK NERAKA


Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan badan mereka.
Firman Allah:
"Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." (Surah Al Ghasiyah 6-7)

MINUMAN AHLI NERAKA


1. Hamim (air yang mendidih)
Firman Allah:
"Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya."

2. Ghassaq (nanah dan darah)
Firman Allah:
"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." (Surah Al-Haqqah 35-37)

3. Sadid (air danur (nanah), yang keluar dari tubuh ahli neraka)
Firman Allah:
"Dihadapan mereka ada neraka Jahannam, dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka)." (Surah Ibrahim 16)

4. Air seperti tembaga cair
Firman Allah:
"Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina." (Surah Al-Kahfi 29)

PAKAIAN AHLI NERAKA


1. Pakaian dari api
Firman Allah:
"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka." (Surah Al Hajj 19)

2. Pakaian dari minyak tar
Firman Allah:
"Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka." ( Surah  Ibrahim 50)

BAHAN BAKAR API NERAKA


Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang kafir dan engkar kepada Allah, batu-batu termasuk patung berhala. 
Firman Allah;
"Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya." (Surah At-Tahrim 6)

PENDUDUK NERAKA


Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin, dan aku melihat ke dalam neraka, aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita," (HR Imam Bukhari)

NAMA-NAMA NERAKA


Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah disebutkan di dalam Al Quran, iaitu:

1. Jahannam
Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai." (Surah An- Naba:21)

2. Latho
Firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka (Latho) itu adalah api yang berganjak, yang mengelupaskan kulit kepala"  (Surah Al- Ma'arij 15-16)

3. Al-Hutamah
"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati." (Surah Al - Humazah 4-7)

4. Sa'ir
Disebutkan dalam surah Asy-Syura:7 bermaksud: "...sesungguhnya masuk ke syurga dan segolongan masuk ke neraka sa'ir."

5. Saqar
Firman Allah yang bermaksud "Aku akan memasukkannya ke dalam neraka Saqar. Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia."

6. Al- Jahim
"Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat." (Surah Asy-Syura :91)

7. Al- Hawiyah
"Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. .... iaitu api yang sangat panas." (Surah Al-Qari'ah 8-11)

PENJAGA NERAKA


Al Quran menyebutkan bahawa jumlah penjaga neraka itu sembilan belas seperti yang difirmankan Allah dalam surah Al-Muddaththir ayat 30-31. Salah satu dari sembilan belas itu adalah Malik, penjaga pintu neraka. Allah telah menyebutkan namanya dalam Al-Qur'an yang bermaksud: 
"Mereka berseru, Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja. `Dia menjawab; Kamu akan tetap tinggal di neraka ini."

*Sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya dilindungi daripada azab Allah di dunia dan di akhirat. Justeru, ayuh kita memaksimumkan amalan kebaikan kita di dunia ini dan menjauhi segala larangan Allah SWT.

~Selamat Beramal~

Mati Melekat, Polis Indonesia Enggan Mengesahkan




SEJAK akhir-akhir ini, kecoh di wilayah Karawang, Jawa Barat, Indonesia mengenai tersebarnya sekeping foto yang didakwa masyarakat tempatan sepasang kekasih yang menemui ajal ketika sedang berzina di atas sebuah tanah perkuburan di kawasan tersebut.
Foto yang tersebar itu menunjukkan dua orang anggota polis sedang memeriksa jasad manusia yang ‘melekat’ di dalam sebuah beg mayat.
Lebih menyakinkan penduduk, lantai tempat beg mayat itu diletakkan merupakan lantai yang serupa dengan bilik mayat sebuah hospital di situ.
Penduduk mendakwa, kedua-dua mayat itu adalah dari sebuah kampung berhampiran.
Mereka dikatakan masing-masing sudah berkeluarga namun terlibat dalam percintaan terlarang.
Disebabkan kedua-duanya dikatakan melakukan persetubuhan haram di sekitar makam keramat di sebuah daerah bernama Cengsin, Klari, pasangan tersebut menerima ‘akibatnya’ hingga menemui ajal dengan keadaan sebegitu rupa.
Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan jelas sepasang tubuh yang berpelukan.
Sementara itu Kepala Kepolisian Sektor (Kapolsek) Klari, Kompol Wahidin enggan mengesahkan perkara itu.
” Jika kejadian itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa, sudah tentu kami sudah dimaklumkan mengenainya,” kata Wahidin ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.

Lelaki Murtad Malaysia Umum Hendak Bunuh Diri Di Facebook Hari Ini!




Seorang lelaki yang asalnya beragam Islam bernama Syahir dan kemudiannya murtad menukar agama kepada Kristian, Edward Martin Jesus mengumumkan di Facebook miliknya bahawa dia akan membunuh diri sebelum jam 12 tengah hari, hari ini.
Lelaki itu dikatakan putus cinta dengan wanita bernama Nur Atiqah Nor Aziz. Sebelum membunuh diri dia memberitahu mahu memulangkan barangan pemberian teman wanitanya itu.
Tempoh 15 jam lalu, dia mengumumkan berikut di Facebooknya;

sebelum aku ingin bunuh diri aku akan pergi ke rumah atiqah aziz untuk menyerahkan segala pemberian dia pada aku.. kemudian aku akan bunuh diri di suatu tempat yang aku pernah pergi dgn dia jalan2…
Ada pula yang melaporkan Edward telah meminda tarikh bunuh diri dari tengah hari tadi, kepada 3 Jun pula, yakni tarikh lahir teman wanitanya itu.
Sehingga kini belum dapat disahkan sama ada dia telah melaksanakan niatnya atau tidak.
Maklumat yang diberikan dalam akaun Facebooknya ialah dia pernah bersekolah di SMK Seksyen 19, Shah Alam dan tinggal di bandar yang sama. Tidak diketahui sama ada maklumat berkenaan benar atau tidak
Mesej 6 jam lalu (waktu berita di ditulis ialah pukul 2 petang – 12 Mei) berbunyi ;
those yg banyak beri support pada aku .. aku minx maaf kerana dr awal hingga akhir usahamu adalah sia2 belaka.. aku sudah buat keputusan… harap perjalanan aku akan berjalan dengan lancar.. jgn ada yang cuba untuk menghalang aku untuk aku bunuh diri!

Tidak diketahui apa nasibnya sekarang. Terlalu banyak bahan berita yang mengelirukan ketika ini, termasuk ada yang kata akaun Facebook miliknya telah digodam.
Apakah dia melawak atau dia serius. Namun, kalau melihat kepada update-update yang diletakkan, nampaknya serius.
Ada sebahagian yang memberikan komen pula agak lawak.
Ada yang menasihat Edward agar bersabar tunggu Euro habis dulu, ada yang kata layan hindustan kejap, ada yang paste link untuk jual barang kat internet, mengambil kesempatan untuk berkenalan, ada jugak yang mengatakan kisah cinta dia lebih baik pada filem Twilight,  
Ada pula rakan lama yang memaki Edward dengan mengatakan dia seorang kaki buat drama.
Apa pendapat anda, dia ni buat lawak nak perhatian atau memang dia akan meneruskan niatnya? Apa yang boleh kita buat, nak percaya ke?
Facebook Edward Martin Jesus di sini.
sumber : amekaw 

Demo Anti Prostitusi Untuk EURO 2012


Berita Aneh - Sepak bola memang identik dengan olahraga kaum adam. Jadi tak berlebihan rasanya melihat para lelaki nantinya akan memadati sudut kota-kota di Ukraina dan Polandia yang akan menjadi tuan rumah EURO 2012.
 
Namun hal ini ditanggapi lain oleh aktivis hak asasi wanita asal Ukraina yang tergabung dalam FEMEN. Bagi sekelompok wanita tadi, perhelatan EURO 2012 nanti berpotensi meningkatkan praktek prostitusi di negara mereka. Dan pesan ini coba disampaikan oleh aktivis FEMEN melalui aksi protes dengan bertelanjang dada di pusat kota Kiev, Ukraina.

Seorang wanita yang tergabung dalam FEMEN mencat bagian belakang tubuhnya dengan tulisan "EURO-2012 without prostitution" yang merujuk agar perhelatan EURO 2012 tidak dikotori oleh praktek prostitusi. Aksi wanita tadi yang berpose layaknya wasit lengkap dengan kartu merah dan peluit kontan saja menarik perhatian banyak wartawan foto.

Aksi tidak lazim tersebut akhirnya dapat dihentikan, setelah seorang petugas mengamankan wanita tadi dari jalanan kota Kiev. Dan 'pertunjukan' pun selesai.

PDRM , PETRONAS dan UITM Bergabung Tenaga Bagi Menangkap Orang Minyak Gombak

PDRM , PETRONAS dan UITM Bergabung Tenaga Bagi Menangkap Orang Minyak Gombak



Kuala Lumpur - Pihak polis hari ini meminta bantuan daripada PETRONAS dan UITM bagi menghasilkan alatan yang boleh digunakan bagi menangkap orang minyak yang kini berkeliaran diKuala Lumpur. Sejak seminggu lalu penduduk ibukota dikejutkan oleh berita orang minyak yang menceroboh kedalam rumah sekitar Gombak. Segala usaha menagkap beliau oleh pihak Polis Diraja Malaysia gagal kerana mereka tidak mempunyai alatan khas menangkap penjenayah licik ini serta tidak pernah menerima latihan menagkap mereka di PULAPOL dulu. Oleh sebab itu PDRM hari ini meminta bantuan PETRONAS dan UITM bagi mencipta alatan yang sesuai untuk digunakan warga PDRM.

Dalam sidang media di ibu pejabat Petronas di Menara Berkembar Petronas pagi tadi, ketua polis negaraTan Sri Ismail Omar, Naib Cancellor UITM Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar serta ketua R&D Teknologi Petrolium PETRONAS Dato Sharil Niza bersetuju bekerjsama bagi memastikan orang minyak yang bermaharajalela ini ditangkap. Dato Sharil Niza dipetik berkata;

"Pihak PETRONAS mempunyai teknologi mengawal tumpahan minyak menggunakan bahan Oleofilik. Kami pasti orang minyak akan dapat ditangkap dengan segera menggunakan bahan oleofilik yang ada dipasaran. Selepas tertangkapnya beliau kami akan bekerjasam dengan UITM bagi mengkaji orang minyak ini bagi dijadikan sumber minyak mentah boleh diperbaharui. Ini pastinya dapat menyelesaikan masalah harga minyak dunia yang kronik sekarang"

Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar pula sempat menambah;

"Hasil ujian kami terhadap orang minyak ini pasti dapat menaikkan nama UITM dimata dunia disamping membuktikan ilmu mistik bumiputera kuno inilah kunci kepada masa depan Malaysia sebagai kuasa besar teknologi dunia!"


sumber : http://harianmetroll.blogspot.com

Gambar Ashraf Sinclair Dan Bunga Citra Lestari Berhibur

Gambar Ashraf Sinclair Dan Bunga Citra Lestari Berhibur










sumber : berita hangat

Lagi skandal seks akan didedah

Lagi skandal seks akan didedah:


KUALA LUMPUR: Sebuah blog semalam mendedahkan bahawa empat lagi skandal seks membabitkan pemimpin pakatan pembangkang daripada PKR, PAS dan DAP akan didedahkan dalam tempoh terdekat.

Ia didedahkan oleh blog http://www.suarapakatanrakyat.com, dengan melaporkan bahawa kegemparan yang ditimbulkan lanjutan daripada pendedahan gambar aksi seks dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang pemimpin kanan PKR kelmarin, akan berterusan.
“Tetapi kali ini membabitkan pemimpin parti pakatan pembangkang yang lain pula. Penulis mendengar pemimpin terbabit adalah dua daripada PKR dan masing-masing seorang daripada PAS dan DAP.
“Menurut sumber, skandal ini hanya menunggu masa untuk didedahkan oleh pihak tertentu, Setakat dimaklumkan pendedahan ini akan datang dalam pelbagai cara, ada dalam bentuk video, gambar serta keterangan saksi tertentu,” kata blog itu, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan bahawa beberapa keping gambar aksi seks didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, tersebar luas menerusi beberapa blog dan laman sosial sejak kelmarin.

Ia didedahkan oleh blog http://www.papagomo.com dan scandalazminali.blogspot.com dengan memaparkan beliau bersama seorang wanita di dua lokasi.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah lelaki bersama seorang wanita seperti yang tersebar menerusi beberapa blog.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata, penyebaran gambar berkenaan yang bertujuan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya dipercayai disebarkan oleh media dikuasai oleh UMNO dengan memetik blog proparti itu.

Sementara itu, blog suarapakatanrakyat turut berkata, pihaknya melihat jika empat skandal seks terbabit didedahkan, keadaan berkenaan bakal mengusutkan senario politik negara.

“Pendedahan gambar daripada video membabitkan seorang pemimpin kanan PKR sebelum ini pun masih lagi terkial-kial mencari strategi yang betul untuk mengatasinya, yang baru pula sudah sampai.

“Cara mudah, menuduh semua itu adalah fitnah, tapi kalau sudah terang dan jelas, nak dikatakan fitnah macam mana lagi. Setakat hari ini, penulis tidak lagi mendengar wujudnya teknologi yang boleh menukar wajah individu asal kepada individu lain di dalam rakaman video.

“Gambar ada, video penulis belum pernah dengar lagi. Kalau dicari orang muka sama atau hampir sama itu mungkin, tapi ada banyak ciri lain yang boleh menentukan kesahihannya,” katanya.


sumber : http://www.bharian.com.my

'via Blog this'


Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool