Lawak SMS



1. When ur life is in darkness... ...
Pray 2 God and ask Him 2 free u from darkness... .. and
If u r still in darkness..Pls pay ur TNB bill.

2. When a man opens the door of his car for his wife,
You can be sure of one thing;
Either the car is new or the wife.

3. An angry china man entered a shop and shouted :
Where's my free gift with this cooking oil?
Shopkeeper : What free gift??
China man : Oi, here got put "Cholesterol FREE!"

4. If u need ADVICE, SMS ME,
If u need DARLING, CALL ME,
If u need HELP, E-MAIL ME,
IF U NEED MONEY,
Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan kami, TerimaKasih.





Bila Isteri Terlepas Malam Jumaat




Pada hari jumaat.. iaitu setelah seminggu si suami pergi outstation..

isteri:
abang,abang tahu tak yang abang adalah orang paling special dalam hidup saya!

suami:
betol ke ni yang? cuba cerita kenapa yang cakap macam tuh?

isteri:
Sebab abang ada “telur”. (sambil buat muka tak tahan Description: http://www.syok.org/portal/images/smiley/lol2.gifDescription: http://www.syok.org/portal/images/smiley/lol2.gif )

suami :
haa? apa kaitan telur abang dengan special pulak?

Isteri :
apa laa abang ni.kan kalau kita beli burger special,mesti ada telur kan.sama jugaklah dengan abang.

Suami :
(dalam hati berfikir, memang nak kena bini aku malam ni!!) Description: http://www.syok.org/portal/images/smiley/lol2.gif



2 Gadis Dikejar Perogol




 Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M)
dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua
berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih
agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…

M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.

M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.

L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya. 

M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit…

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan
yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh
mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana
pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?

L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?

L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga.

M : Dan… dan..

L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap…

M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..

M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya…

M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi kemudian?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya… So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

M :#@$%




Khasiat Telur(18sx)










Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

“beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.

“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye”, kata emaknya.

Ha……..Lu Pikir ah sendiri……..!




Suami,Isteri dan Cermin




Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buahhutan.

Si isteri pula tinggal mengemas dirumah. Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . Tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu.. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. Bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di
bilik tersebut tanpa pengetahuannya. . Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. dia ternampak cermin suaminya.

Oleh kerana si isteri ni tak tau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya. Apa lagi.. Habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. Mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu.. Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kahwin lain.. Carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..


Tanpa maknya sedari sebenarnya yang dia lihat dicermin itu adalah dirinya...
hehehe





Keburukan Tipu Budak-budak




Dalam satu kampung, sorang cucu tinggal dengan datuknya sebab kedua orang tuanya pergi menoreh getah. Si datuk ni merangkap baby sitterlah kononnya.

Satu hari si cucu pulang ke rumah daripada bermain-main lalu bertanyalah kepada datuknya “Tok, tadi Dol cakap pelix…Pelix tu apa tok?. Terkejut datuknya. Tapi dengan selambanya dia berkata “Pelix tu songkoklah, macam atuk pakai ni”..OOoooo macam tu kata si cucu. Pada hari lain pula sicucu bertanya lagi.”Tok, tadi Minah sebut burix..apa ke bendanya tu tok?”

Terkejut bukan kepalang datuknya. Tapi dengan selambanya jugak dia menjawab alah..itu kain.. yang emak kau pakai tu. Satu hari yang lain pula sicucu bertanya lagi..”Tok melancxx tu apa?..Si datuk malas nak melayan lalu dikatakannya melancxx tu makan nasi.

Akhirnya sicucu bertanya lagi ..Tok,berjubux tu apa? ..Alaah kau ni banyak sangat bertanya..berjubux tu macam ayah dan mak kau..kerjanya menorehlah.Suatu hari yang panas datanglah tok Penghulu berkunjung ke rumah kanak-kanak tu..selepas diberi salam beberapa kali lalu dijawap oleh kanak-kanak tu.. Datuk kau ada? Tak ada tok penghulu dia pergi kedai..Naiklah tok penghulu.

Tok penghulu pun naik sambil mengipas-ngipas dengan songkoknya. Lalu berkata budak yang keletah itu. “Tok penghulu, kalau panas sangkutlah pelix tu kat dinding”..Terkejut yang amat sangat tok Penghulu tu. Ehhh mana abang kau? Ada kat dapur tengah melancxx… Kakak kau?..ada kat sungai tengah basuh burix..banyak burix dia kena basuh. Mak ayah kau? EEEh tok penghulu kan hari tak hujan berjubuxlah lah mereka. Lalu tok penghulu pun pengsan.

THE MORAL OF THE STORY IS ……….JANGAN CAKAP BOHONG PADA BEBUDAK…..




Suami Mithali




Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba2 satu sms berbunyi di meja makan.
Barulah si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah.
Ayah membaca sms yg dikirim oleh seseorang yg x bernama.
Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

'' hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam?
Baby tertunggu2 tau. Terus terang, baby x boleh lupakan saat2 manis
bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear,
 sayang blh datang kerumah baby... X sabar nk tunggu sayang.
Kita main 3 round ok? Jangan lupa bwa kondom... ''

 Ayah tergamam, lalu memanggil istrinya..
'Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!'
 Ibu seakan2 x percaya... Dia hampir pengsan membaca sms itu.
 Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.

 'ko nak ke mana malam ni?'
 'kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat'
 'lalu apa maksud sms ni?' si ayah membentak.
 'lar... Ni kan sim kad ayah... Hp ayah kan rosak.
Semalam ayah sendiri tukar kan sebab nk tunggu sms penting?' jwb anaknya.
 si ayah lari... Ibu pulak mengejar dgn penyapu....=.="


p/s.... heeee...lain kali check betoi2 sebelum
nak menuduh orang lain.. kan da terkena
kat diri sendiri...
hik hik hik




Calon Suami Kaki Tipu




Girl: Awak merokok?
 Boy: Tak...
 Girl: Minum?
 Boy: Tak...
 Girl: Ada kereta?
 Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
 Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
 Boy: Bukit Antarabangsa...
 Girl: Wah mesti mahal...
 Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...
 Girl: Dah pernah pegi haji?
 Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
 Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
 Boy: Pengarah syarikat..
 Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
 Boy: Tipu orang... :P


kadang kadang bila terlampau memilih
merugikan diri sendiri gak :)
so nak memilih biarlah berpada-pada
jangan sampai tersalah pilih :)




Budak Sekolah Terlampau




PELAJAR VS CIKGU....

alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*cikgu masuk kelas...
...
Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
kesudahan dia satu hari diaorg tak blajar...
hik hik hik..


Made In Japan




Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.

“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.

“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.