Memaparkan catatan dengan label unik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label unik. Papar semua catatan

Curi Mayat Untuk Jadikan Pengantin




Di China, empat orang dilaporkan telah dipenjarakan kerana menggali mayat-mayat untuk dijual sebagai pengantin wanita, dalam apa yang mereka namakan sebagai tradisi perkahwinanhantu, dimana lelaki tunggal yang meninggal dikubur bersama mayat seorang wanita sebagaijodohnya di akhirat.
 

Perkahwinan hantu sudah semakin jarangtapi masih diamalkan oleh beberapa keluarga yang anak lelakinya meninggal dunia sebelum sempat berkahwin.

Biasanya pekara ini diluluskan antara kedua-dua keluarga dari yang meninggal, tapi XianEvening News melaporkankumpulan empat orang itu. mencuri beberapa mayat wanita, dan setelah memandikannyamereka menipu data perubatan dari orang yang meninggal danmenjualnya dengan harga yang tinggi.

Mahkamah di Wilayah Shaanxi mengganjar keempat orang itu dengan hukuman penjara antara 28 hingga 32 bulan, dan berkata, mereka memanfaatkan "tradisi burukperkahwinan hantu di beberapa kawasan Shaanxi dan di Wilayah Shanxi yang bersebelahan.

Mahkamah, laporan itu mengatakan, keempat orang tadi mengaut keuntungan 240,000 yuan dari jualan 10 mayatsemoga tidak ada lagi kejadian kes sama berlaku.




PDRM , PETRONAS dan UITM Bergabung Tenaga Bagi Menangkap Orang Minyak Gombak

PDRM , PETRONAS dan UITM Bergabung Tenaga Bagi Menangkap Orang Minyak Gombak



Kuala Lumpur - Pihak polis hari ini meminta bantuan daripada PETRONAS dan UITM bagi menghasilkan alatan yang boleh digunakan bagi menangkap orang minyak yang kini berkeliaran diKuala Lumpur. Sejak seminggu lalu penduduk ibukota dikejutkan oleh berita orang minyak yang menceroboh kedalam rumah sekitar Gombak. Segala usaha menagkap beliau oleh pihak Polis Diraja Malaysia gagal kerana mereka tidak mempunyai alatan khas menangkap penjenayah licik ini serta tidak pernah menerima latihan menagkap mereka di PULAPOL dulu. Oleh sebab itu PDRM hari ini meminta bantuan PETRONAS dan UITM bagi mencipta alatan yang sesuai untuk digunakan warga PDRM.

Dalam sidang media di ibu pejabat Petronas di Menara Berkembar Petronas pagi tadi, ketua polis negaraTan Sri Ismail Omar, Naib Cancellor UITM Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar serta ketua R&D Teknologi Petrolium PETRONAS Dato Sharil Niza bersetuju bekerjsama bagi memastikan orang minyak yang bermaharajalela ini ditangkap. Dato Sharil Niza dipetik berkata;

"Pihak PETRONAS mempunyai teknologi mengawal tumpahan minyak menggunakan bahan Oleofilik. Kami pasti orang minyak akan dapat ditangkap dengan segera menggunakan bahan oleofilik yang ada dipasaran. Selepas tertangkapnya beliau kami akan bekerjasam dengan UITM bagi mengkaji orang minyak ini bagi dijadikan sumber minyak mentah boleh diperbaharui. Ini pastinya dapat menyelesaikan masalah harga minyak dunia yang kronik sekarang"

Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar pula sempat menambah;

"Hasil ujian kami terhadap orang minyak ini pasti dapat menaikkan nama UITM dimata dunia disamping membuktikan ilmu mistik bumiputera kuno inilah kunci kepada masa depan Malaysia sebagai kuasa besar teknologi dunia!"


sumber : http://harianmetroll.blogspot.com

Hotel Mewah Dalam Jurang



Bosan mendirikan bangunan bertingkat pencakar langit, kini China mendirikan hotel mewah bertingkat di dalam jurang. Lengkap dengan bangunan bermotif air terjun. Pemandangannya adalah hamparan lembah yang indah. Ini memang sesuatu yang sangat baru dan unik.

Projek hotel ini sangat unik kerana termasuk bangunan di bawah tanah. Hotel ini memiliki 19 ringkat dan 380 bilik. Struktur dipahat dari sebuah lombong di Songjiang, dekat Shanghai. Pereka telah menyisihkan kawasan sekitar 30 batu dari kota Shanghai, dalam sebuah lombong yang ditinggalkan di kaki Gunung Tianmashan.

Sementara bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi membanggakan restoran atas atap dan kemewahan penthouse, dua tingkat akan memuatkan sebuah restoran bawah air, kompleks olahraga untuk olahraga air dan 10 meter akuarium.

Di sekitar hotel unik ini terdapat 428000 meter persegi taman, lengkap dengan ruang untuk bungee jumping dan panjat tebing yang menghadap ke lantai hotel. Projek pengembang Shimao Grup Properti bekerja dengan Atkins rekayasa sebuah perusahaan Inggris untuk merancang hotel diluar imaginasi. Diharapkan ianya akan siap pada akhir tahun 2014 dan akan dibuka tahun 2015.


Popular