Memaparkan catatan dengan label gambar lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar lawak. Papar semua catatan

Warning!!!!




Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka :
Awak, saya ada satu teka teki....

Awek :
Apa dia?

Jejaka
: Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Awek :
Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka :
Itulah cinta saya pada awak....

Awek :
Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka :
Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek :
Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka :
Ok

Awek :
Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka :
Emm, tak tau lah.

Awek :
Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)


Teka-teki




Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
Daun betik boleh melembutkan daging yang
keras, tangan perempuan dapat mengeraskan
daging yang lembut.

Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Burung punai (Neil Armstrong punya)

Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa,
kondom plak kalau bocor boleh menambahkan nyawa.

Apa yang mahal pada BMW?
Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...

Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Rumah terbakar

Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
Orang sedang panjat tiang talipon.

Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side effect)?
Viagra dan Krim membesarkan payudara.
Kesan dia ke depan, bukan ke samping.

Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia?
Lilin kek harijadi.

Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejam menikmatinya.
Orang sedang meniup seruling.


Gangster




Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Sibisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…

Sibisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…”


Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Baju Cinta




Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.Setelah membunyikan loceng,si nenek terkejut kerana mendappati cucu perempuannya yang membuka pintu dengan tanpa Seurat benang pun di badannya.Belum sempat si nenek bertanya,si cucu berkata;-

saya sedang menunggu suami saya pulang dari bekerja nie nek!”..

yang kau telanjang tu nape!!!???”marah si nenek.
ini la BAJU CINTA saya”balas si cucu perempuannya.
BAJU CINTA??”si nenek kehairanan.
ya,suami saya menyukainya,saya juga begitu senang memakainya.Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek”.pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya.Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami.Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea.Fikirannya dengan mengikut cara cucu perempuannya ,sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungan dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah,si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya.Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.Beberapa ketika si atok pun pulang.Sebaik saja pintu dibuka,si atokmendapati si nenek berbogel kt depan pintu…

awat hang nie?dah buang tebiat keeer???”marah si atok tadi.
ini lah BAJU CINTA saya bang”kata si nenek tadi.

BAJU CINTA????.....kok iyea pun…..IRON la dulu baju tuhh!!!...nampak sangat kedutnyeerrr….”


Alhamdulillah

kesemua superhero dari seluruh negara mendirikan solat berjemaah bersama-sama

Genius

tahap kepandaian budak2 sekolah sekarang ni mmg ditahap genius..xcaye? cube tgk cara diorang menjawab exam kat skolah...mmg bijak!! hihihihi LOL




















terrrrbaiiikkkkk!!!!haha



















Popular