Lelaki Murtad Malaysia Umum Hendak Bunuh Diri Di Facebook Hari Ini!




Seorang lelaki yang asalnya beragam Islam bernama Syahir dan kemudiannya murtad menukar agama kepada Kristian, Edward Martin Jesus mengumumkan di Facebook miliknya bahawa dia akan membunuh diri sebelum jam 12 tengah hari, hari ini.
Lelaki itu dikatakan putus cinta dengan wanita bernama Nur Atiqah Nor Aziz. Sebelum membunuh diri dia memberitahu mahu memulangkan barangan pemberian teman wanitanya itu.
Tempoh 15 jam lalu, dia mengumumkan berikut di Facebooknya;

sebelum aku ingin bunuh diri aku akan pergi ke rumah atiqah aziz untuk menyerahkan segala pemberian dia pada aku.. kemudian aku akan bunuh diri di suatu tempat yang aku pernah pergi dgn dia jalan2…
Ada pula yang melaporkan Edward telah meminda tarikh bunuh diri dari tengah hari tadi, kepada 3 Jun pula, yakni tarikh lahir teman wanitanya itu.
Sehingga kini belum dapat disahkan sama ada dia telah melaksanakan niatnya atau tidak.
Maklumat yang diberikan dalam akaun Facebooknya ialah dia pernah bersekolah di SMK Seksyen 19, Shah Alam dan tinggal di bandar yang sama. Tidak diketahui sama ada maklumat berkenaan benar atau tidak
Mesej 6 jam lalu (waktu berita di ditulis ialah pukul 2 petang – 12 Mei) berbunyi ;
those yg banyak beri support pada aku .. aku minx maaf kerana dr awal hingga akhir usahamu adalah sia2 belaka.. aku sudah buat keputusan… harap perjalanan aku akan berjalan dengan lancar.. jgn ada yang cuba untuk menghalang aku untuk aku bunuh diri!

Tidak diketahui apa nasibnya sekarang. Terlalu banyak bahan berita yang mengelirukan ketika ini, termasuk ada yang kata akaun Facebook miliknya telah digodam.
Apakah dia melawak atau dia serius. Namun, kalau melihat kepada update-update yang diletakkan, nampaknya serius.
Ada sebahagian yang memberikan komen pula agak lawak.
Ada yang menasihat Edward agar bersabar tunggu Euro habis dulu, ada yang kata layan hindustan kejap, ada yang paste link untuk jual barang kat internet, mengambil kesempatan untuk berkenalan, ada jugak yang mengatakan kisah cinta dia lebih baik pada filem Twilight,  
Ada pula rakan lama yang memaki Edward dengan mengatakan dia seorang kaki buat drama.
Apa pendapat anda, dia ni buat lawak nak perhatian atau memang dia akan meneruskan niatnya? Apa yang boleh kita buat, nak percaya ke?
Facebook Edward Martin Jesus di sini.
sumber : amekaw 

Demo Anti Prostitusi Untuk EURO 2012


Berita Aneh - Sepak bola memang identik dengan olahraga kaum adam. Jadi tak berlebihan rasanya melihat para lelaki nantinya akan memadati sudut kota-kota di Ukraina dan Polandia yang akan menjadi tuan rumah EURO 2012.
 
Namun hal ini ditanggapi lain oleh aktivis hak asasi wanita asal Ukraina yang tergabung dalam FEMEN. Bagi sekelompok wanita tadi, perhelatan EURO 2012 nanti berpotensi meningkatkan praktek prostitusi di negara mereka. Dan pesan ini coba disampaikan oleh aktivis FEMEN melalui aksi protes dengan bertelanjang dada di pusat kota Kiev, Ukraina.

Seorang wanita yang tergabung dalam FEMEN mencat bagian belakang tubuhnya dengan tulisan "EURO-2012 without prostitution" yang merujuk agar perhelatan EURO 2012 tidak dikotori oleh praktek prostitusi. Aksi wanita tadi yang berpose layaknya wasit lengkap dengan kartu merah dan peluit kontan saja menarik perhatian banyak wartawan foto.

Aksi tidak lazim tersebut akhirnya dapat dihentikan, setelah seorang petugas mengamankan wanita tadi dari jalanan kota Kiev. Dan 'pertunjukan' pun selesai.

PDRM , PETRONAS dan UITM Bergabung Tenaga Bagi Menangkap Orang Minyak Gombak

PDRM , PETRONAS dan UITM Bergabung Tenaga Bagi Menangkap Orang Minyak Gombak



Kuala Lumpur - Pihak polis hari ini meminta bantuan daripada PETRONAS dan UITM bagi menghasilkan alatan yang boleh digunakan bagi menangkap orang minyak yang kini berkeliaran diKuala Lumpur. Sejak seminggu lalu penduduk ibukota dikejutkan oleh berita orang minyak yang menceroboh kedalam rumah sekitar Gombak. Segala usaha menagkap beliau oleh pihak Polis Diraja Malaysia gagal kerana mereka tidak mempunyai alatan khas menangkap penjenayah licik ini serta tidak pernah menerima latihan menagkap mereka di PULAPOL dulu. Oleh sebab itu PDRM hari ini meminta bantuan PETRONAS dan UITM bagi mencipta alatan yang sesuai untuk digunakan warga PDRM.

Dalam sidang media di ibu pejabat Petronas di Menara Berkembar Petronas pagi tadi, ketua polis negaraTan Sri Ismail Omar, Naib Cancellor UITM Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar serta ketua R&D Teknologi Petrolium PETRONAS Dato Sharil Niza bersetuju bekerjsama bagi memastikan orang minyak yang bermaharajalela ini ditangkap. Dato Sharil Niza dipetik berkata;

"Pihak PETRONAS mempunyai teknologi mengawal tumpahan minyak menggunakan bahan Oleofilik. Kami pasti orang minyak akan dapat ditangkap dengan segera menggunakan bahan oleofilik yang ada dipasaran. Selepas tertangkapnya beliau kami akan bekerjasam dengan UITM bagi mengkaji orang minyak ini bagi dijadikan sumber minyak mentah boleh diperbaharui. Ini pastinya dapat menyelesaikan masalah harga minyak dunia yang kronik sekarang"

Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar pula sempat menambah;

"Hasil ujian kami terhadap orang minyak ini pasti dapat menaikkan nama UITM dimata dunia disamping membuktikan ilmu mistik bumiputera kuno inilah kunci kepada masa depan Malaysia sebagai kuasa besar teknologi dunia!"


sumber : http://harianmetroll.blogspot.com

Gambar Ashraf Sinclair Dan Bunga Citra Lestari Berhibur

Gambar Ashraf Sinclair Dan Bunga Citra Lestari Berhibur










sumber : berita hangat

Lagi skandal seks akan didedah

Lagi skandal seks akan didedah:


KUALA LUMPUR: Sebuah blog semalam mendedahkan bahawa empat lagi skandal seks membabitkan pemimpin pakatan pembangkang daripada PKR, PAS dan DAP akan didedahkan dalam tempoh terdekat.

Ia didedahkan oleh blog http://www.suarapakatanrakyat.com, dengan melaporkan bahawa kegemparan yang ditimbulkan lanjutan daripada pendedahan gambar aksi seks dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang pemimpin kanan PKR kelmarin, akan berterusan.
“Tetapi kali ini membabitkan pemimpin parti pakatan pembangkang yang lain pula. Penulis mendengar pemimpin terbabit adalah dua daripada PKR dan masing-masing seorang daripada PAS dan DAP.
“Menurut sumber, skandal ini hanya menunggu masa untuk didedahkan oleh pihak tertentu, Setakat dimaklumkan pendedahan ini akan datang dalam pelbagai cara, ada dalam bentuk video, gambar serta keterangan saksi tertentu,” kata blog itu, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan bahawa beberapa keping gambar aksi seks didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, tersebar luas menerusi beberapa blog dan laman sosial sejak kelmarin.

Ia didedahkan oleh blog http://www.papagomo.com dan scandalazminali.blogspot.com dengan memaparkan beliau bersama seorang wanita di dua lokasi.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah lelaki bersama seorang wanita seperti yang tersebar menerusi beberapa blog.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata, penyebaran gambar berkenaan yang bertujuan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya dipercayai disebarkan oleh media dikuasai oleh UMNO dengan memetik blog proparti itu.

Sementara itu, blog suarapakatanrakyat turut berkata, pihaknya melihat jika empat skandal seks terbabit didedahkan, keadaan berkenaan bakal mengusutkan senario politik negara.

“Pendedahan gambar daripada video membabitkan seorang pemimpin kanan PKR sebelum ini pun masih lagi terkial-kial mencari strategi yang betul untuk mengatasinya, yang baru pula sudah sampai.

“Cara mudah, menuduh semua itu adalah fitnah, tapi kalau sudah terang dan jelas, nak dikatakan fitnah macam mana lagi. Setakat hari ini, penulis tidak lagi mendengar wujudnya teknologi yang boleh menukar wajah individu asal kepada individu lain di dalam rakaman video.

“Gambar ada, video penulis belum pernah dengar lagi. Kalau dicari orang muka sama atau hampir sama itu mungkin, tapi ada banyak ciri lain yang boleh menentukan kesahihannya,” katanya.


sumber : http://www.bharian.com.my

'via Blog this'


Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Nadya berlakon filem porno

NADYA bersama 8 anak kembarnya. Gambar kecil, Nadya, hutang bertimbun.



LOS ANGELES: Nadya Suleman, wanita yang melahirkan anak kembar lapan, bersetuju berlakon dalam sebuah filem porno untuk membantunya membayar hutang berjumlah lebih RM3 juta.

Nadya, 36, mempunyai enam anak sebelum melahirkan kembar lapan itu, tiga tahun lalu.


Dia kini sudah memfailkan untuk mengisytiharkan dirinya muflis selepas gagal membayar hutang, termasuk hutang rumah, bil elektrik dan wang yang dipinjam daripada sebuah sekolah.

Petugas pelindung kanak-kanak di California juga mengunjunginya selepas laporan menyatakan anaknya hidup dalam kesengsaraan.


Nadya yang berbogel untuk sebuah majalah dengan bayaran RM19,000 awal tahun ini, pernah berikrar untuk tidak berlakon dalam filem lucah.


Tetapi selepas berdepan dengan ancaman rumahnya akan dijual, dia menandatangani persetujuan untuk muncul dalam filem seks yang akan memulakan penggambaran musim panas ini.

“Saya terpaksa melanggar ikrar saya. Yang penting, saya akan menjaga keluarga saya. Pendapatannya agak lumayan dan ia akan membolehkan saya mempunyai sebuah rumah yang selamat. “Saya akan melakukannya,” kata wanita itu. - Agensi



Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Kesha Kencing Di Tempat Awam

Gambar Hiasan


Penyanyi terkenal, Kesha telah mencetuskan kontroversi apabila dia telah memuat naik gambarnya sedang buang air di tempat awam di laman sosial Twitternya.
Menurut laporan NYdailynews, penyanyi berusia 25 tahun itu mengambil gambar dirinya yang sedang mengcangkung di tengah-tengah jalan.
"Pee pee on the street. PoPo come and get me if you can find me. I blame traffic," tulisnya di Twitter.
Mengikut undang-undang di California, penyanyi yang popular dengan lagu "Tik Tok" itu boleh didenda USD270 (RM823) jika ditangkap, kerana membuang air di tempat awam.
Kesha atau nama sebenarnya Kesha Rose Sebert, memberitahu Glamour magazine bahawa itu adalah jenaka budak yang berusia 5 tahun, dan menambah dengan berkata bahawa dia mahu menjadi lagenda muzik di penghujung kariernya sebagai penyanyi.
"Saya mahu apabila kemudian hari nanti saya dilihat sebagai seorang ikon. Sekarang ini saya masih bayi (baru dalam industri muzik) dalam kerjaya saya. Tetapi ia adalah matlamat saya."




Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool